Sidang Media PKR HQ, Petaling Jaya - (TMI) PKR hari ini mengesahkan wujud desakan di kalangan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu untuk menggugurkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor dalam mesyuarat minggu lalu.<br /><br />Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail, berkata MPP tidak pernah membuat keputusan menggugurkan Khalid, maka tidak timbul isu Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali menggantikan Khalid sebagai menteri besar.