Bekas Menteri Kabinet, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir menyatakan kebimbangannya terhadap masa depan negara setelah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan rombakan kabinet hari ini.<br /><br />Katanya, beliau kesal kerana beberapa bekas anggota jemaah menteri yang terpalit dengan gejala rasuah dilantik semula menganggotai kabinet manakala kumpulan yang mahu mendedahkan kepincangan pentadbiran negara menjadi mangsa.
