Susulan kelantangannya dalam isu 1MDB, ramai tertanya-tanya sejauh mana Tan Sri Muhyiddin Yassin tahu berkaitan kontroversi melanda 1MDB, syarikat cetusan ilham Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.<br /><br />Pada sidang media pertama selepas digugurkan sebagai timbalan perdana menteri semalam, Muhyiddin ketika diajukan soalan oleh pemberita hari ini, mengakui beliau mengetahui ‘lebih sedikit’ tentang isu 1MDB daripada pihak media.
