Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini, memerintahkan Setiausaha Agong PKR, Rafizi Ramli membela diri atas tuduhan mengeluarkan kenyataan mengaibkan dan membangkitkan kemarahan ahli Umno melalui satu artikel, Februari lalu.<br /><br />Hakim Azwarnida Affandi membuat keputusan itu terhadap Rafizi, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh. Beliau juga menetapkan perbicaraan kes pada 20 Ogos ini.