Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat semalam sebagai timbalan perdana menteri yakin kedudukannya sebagai timbalan presiden Umno tidak akan tergugat.<br /><br />Menurutnya, sebagai 'orang lama' walaupun tidak lagi menjadi timbalan perdana menteri beliau tidak merasakan kedudukannya akan terjejas pada mesyuarat majlis tertinggi Umno yang dijadualkan pada Jumaat ini.
