Timbalan Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Mohamad Aziz memberi amaran bahawa rombakan kabinet, yang menyaksikan penyingkiran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri boleh memusnahkan parti.<br /><br />Akhbar The Star memetik beliau berkata, perkembangan itu tidak baik sama sekali untuk Umno kerana ia membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.
