Ketua Umno Bahagian Cheras Datuk Seri Syed Ali Alhabshee bersetuju dengan kebimbangan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung skandal 1MDB yang sarat hutang.<br /><br />Menulis di blog, katanya sebagai anggota parti, beliau setuju dengan pandangan Muhyiddin iaitu jika isu 1MDB tidak diselesaikan maka ia akan menjadi liabiliti kepada Umno dan BN.