Saksi kes liwat pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim, Umi Hafilda Ali mengumumkan keluar Umno kerana tidak puas hati dengan pengguguran Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.<br /><br />Beliau malah mengumumkan perkara itu kepada media di rumah Muhyiddin di Bukit Damansara hari ini, yang menyaksikan penyokongnya mula berkumpul.
