Penyokong Tan Sri Muhyiddin Yassin mula berkumpul di rumah timbalan perdana menteri yang dipecat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana lantang mengkritik 1MDB yang sarat hutang.<br /><br />Turut hadir adalah seorang lagi naib presiden Umno Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang dilucutkan sebagai menteri kabinet.