Bekas Presiden India, APJ Abdul Kalam, yang menjadi ketua negara antara 2002 dan 2007, meninggal dunia, selepas dilaporkan jatuh semasa memberi ceramah di Institut Pengurusan India pada kira-kira pukul 6.30 petang, semalam.

Bagaimanapun, tidak ada kenyataan rasmi dikeluarkan tentang punca kematian beliau.

Kalam adalah Presiden India ke-11 dan juga dikenali sebagai seorang santis, iaitu jurutera angkasa lepas dan ahli fizik.

Mendiang menghabiskan selama empat dekad membuat penyelidikan membangunkan senjata nuklear India dan industri pertahanan.