Pensyarah politik Universiti Malaysia Sarawak (Unimas), Mohd Faisal Syam Abdol Hazis percaya visi Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem untuk memerangi rasuah punca popularitinya melonjak.<br /><br />Bagaimanapun, katanya, cabaran sebenar adalah tindakan Adenan mengotakan janji-janjinya bertindak ke atas dakwaan rasuah, termasuk ke atas Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud yang menjadi ketua menteri sebelum ini.
