Mohd Faizan Alias yang mengaku sebagai Ketua Hal Ehwal Bumiputera bagi NGO mesra BN - Pertubuhan Minda & Sosial Prihatin (PMSP) memaklumkan bahawa Ramesh Rao Naidu bukan presiden mahupun pengerusi pertubuhan bukan kerajaan itu.<br /><br />Sebelum ini, Ramesh Rao sering tampil membuat sidang akhbar bagi pihak PMSP untuk membela BN dalam isu-isu semasa politik tetapi apabila status ‘bankrap’ didedah, mereka menafikan bahawa beliau memegang jawatan dalam NGO itu.
