Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata serangan ke atas Tun Dr Mahathir Mohamad oleh media Umno hanya akan menyebabkan kedudukan BN semakin lemah.<br /><br />Berucap pada mesyuarat agung Umno Cheras malam semalam, Muhyidin memberitahu beliau tidak pernah ada masalah dengan Mahathir dan menganggap bekas perdana menteri itu ibarat bapa kepada Umno.