Beberapa NGO hari ini hadir ke pejabat Kumpulan Media The Edge dan menyerahkan bunga sebagai simbolik solidariti kepada kumpulan media itu berhubung pergantungan permit mereka selama tiga bulan. <br /><br />Antara wakil NGO yang hadir ialah daripada BERSIH, Gerakan Media Marah (GERAMM), Jaringan Kampung Orang Asli Semenangjung (JKOASM) dan Teoh Beng Hock Trust for Democracy. <br /><br />Wakil daripada setiap NGO masing-masing membawa bunga untuk diberikan kepada syarikat berkenaan.