Kematian seorang wanita berkulit hitam ketika dalam tahanan polis kerana didakwa memiliki dadah di Texas, Amerika Syarikat menimbulkan ketegangan kaum di seluruh negara itu.<br /><br />Sebuah video kemudian disiarkan bagi membuktikan bahawa Sandra Bland, 28 tahun dipercayai membunuh diri kerana tiada anggota polis memasuki ataupun keluar dari sel tahanannya sebelum mayatnya dijumpai.
