Kerajaan menerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) hari ini mengakui bahawa siri pendedahan laporan berhubung skandal 1MDB yang dibuat oleh laman Sarawak Report belum dapat dibuktikan sebagai palsu.<br /><br />Pada satu taklimat kepada para editor portal berita, etua bahagian pemantauan dan penguatkuasaan SKMM, Zulkarnain Mohd Yassin berkata sekatan ke atas laman Sarawak Report hanyalah sebagai langkah pencegahan.