Majlis Amanah Rakyat (MARA), yang terpalit dalam skandal pembelian aset di Australia, memutuskan untuk berhenti melabur dalam hartanah di luar negara, kata bekas pengerusinya, Tan Sri Annuar Musa.<br /><br />Beliau yang tamat perkhidmatannya pada 17 Julai lalu berkata agensi kerajaan itu juga akan menjual sebahagian daripada asetnya untuk membayar pinjaman dan tidak lagi meneruskan pelaburan di luar negara.
