Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar memberi amaran kepada orang ramai daripada menghadiri perhimpunan #722 Sarawak Freedom yang bakal diadakan di Kuching, Sarawak esok.<br /><br />Dalam satu kenyataan media, katanya, polis juga menasihatkan penganjur supaya membatalkan acara berkenaan, susulan pihak polis menerima maklumat perhimpunan itu akan digunakan bagi mendesak pemisahan Sarawak dari Persekutuan Malaysia.
