Setiauasaha Agung PKR Rafizi Ramli menafikan beliau adalah dalang yang memberi arahan kepada Sarawak Report untuk memfitnah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan skandal 1MDB.<br /><br />Rafizi dalam satu kenyataan media berkata, beliau tidak mengenali dan berhubung dengan individu bernama Lester Melanyi yang membuat dakwaan berkenaan.<br /><br />Melanyi menerusi sebuah video yang dimuat-naikkan di Youtube mendakwa pernah bekerja untuk Sarawak Report dan menuduh Rafizi menjadi dalang serta memberi arahan untuk memfitnah Najib.