Ahli Melayu DAP Young Syefura Othman atau lebih dikenali dengan panggilan Rara menafikan kehadiran mereka sekadar boneka dalam parti yang didominasi oleh kaum Cina itu.<br /><br />Pada satu temububual eksklusif dengan Kinitv, Rara memberitahu sejak menyertai DAP tahun lalu, beliau diserah tanggungjawab yang besar.<br /><br />Antaranya, sebagai ahli jawatankuasa DAP Selangor, beliau juga dilantik sebagai penyeleras program 'Impian Kelantan' bagi membantu mangsa banjir dan aktif dalam kempen 'Be My Protector' iaitu memperjuangkan isu-isu wanita.
