Pada 3 Julai lalu, akhbar the Wall Street Journal mengemparkan seluruh rakyat Malaysia dengan membuat pendedahan bahawa hampir AS$700 juta dana berkaitan 1MDB disalurkan ke akaun yang didakwa kepunyaan peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.<br /><br />Bagi memudahkan pembaca dan penonton memahami isu itu, Kinitv mengumpulkan beberapa soalan lazim berhubung dakwaan skandal berkenaan.