Seolah-olah kasih beralih arah - begitu dihadapi bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.<br /><br />Jika sebelum ini ada antara tokoh tertentu datang mengadu mengenai pelbagai isu semasa, kini mereka dilihat sudah "menyeberang" ke sisi lain.<br /><br />Ditemui media pada majlis pelancaran buku karya Tan Sri Zainuddin Maidin, Dr Mahathir berkata, semua pemimpin Umno kelihatan masih komited kepada perdana menteri selepas pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin.