Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menerima sambutan hangat ketika hadir ke mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, berbeza dengan suasana Seremban dan Kota Melaka semalam.<br /><br />Muhyiddin, yang digugurkan sebagai timbalan perdana menteri kerana lantang membidas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga diberi peluang berucap kepada 400 orang perwakilan.