Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjanjikan projek bernilai berbilion ringgit kepada Melaka selepas negeri itu menunjukkan sokongan padu dengan hampir 50 ribu hadir pada satu majlis bersamanya malam semalam.<br /><br />Walaupun belum diluluskan, Najib berkata, dia akan meminta Unit Perancang Ekonomi (EPU) melihat kepada projek yang dicadangkan itu dan percaya timbalan, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan turut memberi sokongan.