Tokoh Wartawan Negara, Tan Sri Zainuddin Maidin berkata walaupun Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dimansuhkan, namun negara masih tidak menikmati kebebasan bersuara mahupun kebebasan media. <br /><br />Katanya, pelbagai isu yang menjadi viral di sosial media namun ia tidak boleh disiarkan di akhbar-akhbar tertentu dan ketiadaan media bebas akan menjadikan negara mundur.
