Gabungan Demi Kebebasan Media mengumumkan akan menganjurkan perhimpunan di Kuala Lumpur pada 8 Ogos ini bagi menyatakan solidariti bersama The Edge Media Group serta dua penerbitannya yang digantung.<br /><br />Himpunan dikenali sebagai "808" itu akan bermula pada jam 11 pagi di Pasar Seni dan peserta kemudian bergerak ke arah Ibu Pejabat Majlis Peguam.<br /><br />Gabungan itu disertai Gerakan Media Marah (GERAMM), institute Of Journalist ( IOJ), Foreign Correspondents Club Of Malaysia (FCCM), Reporter Sans Frontieres (RSF) dan Center for Indipendent Journalism (CIJ).
