Mesyuarat agung tahunan Umno bahagian Kluang, panas apabila terdapat usul menuntut penjelasan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan dakwaan skandal terhadapnya, termasuk isu 1MDB dan pembunuhan Altantuya Shaariibu.<br /><br />Mesyuarat juga menyentuh isi pelaksanaan cukai jualan dan perkhidmatan (GST) dengan mendesak kerajaan menggandakan aktiviti pemantauan ke atas pelaksanaan GST dengan lebih agresif bagi mengelak penipuan oleh peniaga.
