Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mahu semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung sama ada wang RM2.6 bilion disalurkan ke akaun peribadi bosnya, Datuk Seri Najib Razak.<br /><br />Beliau mengulas rakaman sebuah video ‘bocor’ yang memaparkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dipecat sebagai timbalan perdana menteri berkata Najib mengakui wang berkenaan disalurkan ke akaunnya.