Polis menolak spekulasi bahawa pengasas Ambank Hussein Ahmad Najadi dibunuh kerana mahu mendedahkan skandal firma pelaburan 1MDB yang sarat hutang.<br /><br />Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata pembunuhan Hussein itu tiada kaitan dengan kes 1MDB kerana sebelum pembunuhan itu tiada laporan kemasukan sejumlah wang yang besar.