Polis sedang menyiasat akhbar The Wall Street Journal berhubung kebocoran maklumat mengenai laporan bahawa dana 1MDB bernilai RM2.6 bilion didakwa disalurkan ke akaun peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.<br /><br />Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata siasatan akan dibuat mengikut Seksyen 4, Akta Jenayah Komputer (1997) kerana akses secara tidak sah.
