Maklumat bocor menunjukkan bahawa Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pelanggan perisian pengintip daripada Hacking Team, syarikat teknologi maklumat di Milan, Itali.<br /><br />Perkara ini didedahkan selepas Hacking Team menjadi mangsa penggodam yang mencuri 400 gigabait data syarikat dan membolehkan ia dimuat turut di akaun Twitter syarikat itu sendiri.
