Satu sidang khas Parlimen harus dipanggil untuk menangani dakwaan bahawa dana 1MDB disalurkan ke dalam akaun bank peribadi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak.<br /><br />Ketika menegaskan demikian hari ini, Ketua Pembangkang Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail menjelaskan bahawa ianya perlu kerana dakwaan yang dibuat oleh Wall Street Journal (WSJ), perlu diberi perhatian serius.
