Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan pembelian hartanah MARA Inc Sdn Bhd di Melbourne, Australia atas alasan bahawa ia adalah pembelian yang baik.<br /><br />Bercakap pada sidang akhbar hari ini, Shafie berkata sehingga Disember 2014, nilai semua hartanah itu telah meningkat.