Pasukan penyiasat diberi masa dua minggu untuk menyelesaikan siasatan berhubung tragedi pesawat Hercules C-130 milik Angkatan Udara Tentera Nasional Indonesia (TNI) yang terhempas di Medan, Isnin lalu.<br /><br />Panglima TNI, Jeneral Moeldoko berkata, tempoh tersebut diberikan kerana siasatan perlu dijalankan secara terperinci bagi mengetahui faktor-faktor yang menyebabkan pesawat pengangkut berusia 51 tahun itu terhempas.
