Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri yang bertanggungjawab ke atas portfolio undang-undang mengakui beliau tidak mempunyai kuasa melantik Peguam Negara ataupun menyambung khidmat mereka.<br /><br />Katanya, beliau sedar tempoh Tan Sri Gani Patail sebagai peguam negara (AG) akan berakhir Oktober ini tetapi tidak mempunyai sebarang maklumat berhubung perkara itu.<br /><br />Sebelum ini, spekulasi bertiup kencang bahawa peguam kanan Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang bertindak dalam kes liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal menjadi AG baru.
