Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata akhbar The Edge tidak perlu bertanya kepada kementeriannya artikel yang mana satu yang menyebabkan akhbar itu diberikan surat tunjuk sebab.<br /><br />Zahid berkata pihaknya berpendapat jika 'anda makan cili, anda akan merasa pedas' merujuk kepada akhbar perniagaan itu yang mahu kementeriannya menyatakan secara khusus artikel mana yang didakwa salah dilaporkan.
