Kerajaan Britain, mengesahkan sekurang-kurangnya 15 warga mereka terbunuh dalam insiden serangan berdarah di sebuah pusat peranginan di Tunisia yang turut disifatkan sebagai kejadian terburuk sejak pengeboman di ibu negara pada 2005.<br /><br />Dalam serangan itu, sekurang-kurangnya 38 orang dibunuh manakala kira-kira 39 lagi cedera selepas seorang pelajar tempatan yang menyamar sebagai pelancong bertindak melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai.
