Mungkin ada yang mencemuh atlet gimnastik negara, Farah Ann Hadi kerana didakwa berpakaian tidak sopan pada sukan SEA lalu tetapi bagi Sultan Selangor tindakan mereka adalah tidak wajar.<br /><br />Sebaliknya, Sultan Sharafuddin Idris Shah dalam titah tahniahnya melalui sepucuk surat kepada Farah Ann, berkata prestasi gadis itu telah membanggakan seluruh rakyat Malaysia, termasuk rakyat Selangor.