Selepas memperoleh sokongan daripada semua wakil rakyat PAS, Menteri Besar Selangor Azmin Ali hanya perlu bertemu pemimpin DAP negeri itu minggu depan untuk memantapkan lagi kerajaan negeri yang sudah kukuh.<br /><br />Berdasarkan keadaan semasa, kerajaan Selangor dilihat mampu kekal bersatu walaupun muktamar PAS awal bulan ini meluluskan usul supaya parti itu memutuskan hubungan dengan DAP.