Putera Sultan Johor - Tunku Idris - yang sebelum ini mencetuskan perdebatan pemisahan apabila memuat-naikkan perjanjian Johor menjadi sebahagian Malaysia, hari ini memilih kenyataan Mufti Ismail Musa Menk bagi menjawab desakan pelbagai pihak yang mahu wanita bukan Islam berpakaian sopan dan tidak menjolokkan mata.<br /><br />Melalui akaun Instagram, baginda memuat-naikkan kenyataan tokoh ulama tersohor kelahiran Zimbabwe itu yang berbunyi ‘apabila kamu melihat seorang wanita berpakaian dengan cara yang tidak boleh diterima oleh Islam, jangan sekali-kali menganggap bahawa darjatnya adalah lebih rendah.’
