Pasukan penyiasat tragedi pesawat Hercules C-130 milik angkatan tentera Indonesia yang terhempas di Medan, Selasa lalu mendapati, sebuah daripada enjin pesawat itu mati sejurus sebelum terhempas.<br /><br />Keadaan itu dikatakan menjadi faktor utama pesawat pengangkut yang membawa 12 orang kru dan 122 penumpang itu berpatah balik sebelum terhempas ke atas bangunan dan rumah kedai.<br /><br />Setakat ini jumlah kematiah dianggarkan melebihi 140 orang.
