Lelongan nombor plat edisi 'Patriot' melalui sebuah NGO minggu lalu mendapat pelbagai reaksi dari pelbagai pihak termasuk ahli politik dan orang ramai.<br /><br />Tinjauan Kinitv mendapati sebahagian besar warga kota tidak bersetuju pihak kerajaan memberi kelulusan kepada Yayasan Patriot Negara Malaysia membuat lelongan nombor plat berkenaan tanpa tender terbuka.