Syarikat gergasi teknologi Apple akhirnya tunduk kepada tuntuan bintang pop Taylor Swift dan bersetuju menaikkan bayarannya berhubung perkhidmatan strim muzik.<br /><br />Padas 8 Jun lalu Apple mengumumkan akan memulakan perkhidmatan strim muzik yang mengenakan caj AS$9.99 sebulan selepas tempoh promosi percuma selama tiga bulan.<br /> <br />Sepanjang tempoh itu Apple membenarkan pengguna menikmati lagu penyanyi terkenal dan syarikat berkenaan tidak memberikan bayaran royalti kepada artis terbabit.