Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Rohani Abdul Karim hari ini berkata gurauan seorang guru di Kedah bahawa murid-murid bukan Islam yang tidak berpuasa boleh minum di luar kelas dan secara berseloroh meminta mereka meminum air paip “tapi jangan minum air kencing sendiri” sebagai tidak wajar.<br /><br />Beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan sekadar berkata, lebih banyak butiran diperlukan untuk mengetahui perkembangan yang sebenar.