Gelombang panas yang melanda Karachi serta tiga buah daerah di wilayah Sindh, selatan Pakistan sejak Sabtu lalu lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 140 orang terkorban.<br /><br />Karachi mencatatkan suhu tinggi mencecah 45 darjah Celcius kelmarin, tidak jauh daripada catatan suhu paling panas pernah dicatatkan di bandar raya ini iaitu 47 darjah Celcius pada Jun 1979.<br /><br />Berikutan itu, pihak berkuasa tempatan mengarahkan semua hospital mengambil langkah berjaga-jaga, selain membatalkan cuti bagi setiap doktor dan kakitangan perubatan serta memperbanyakkan stok simpanan ubat.
