Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim - yang membawa tiga parti berlainan ideologi duduk semeja - kekal optimis dengan masa depan pembangkang sekalipun Pakatan Rakyat sudah berkubur.<br /><br />Dalam satu perutusan melalui peguamnya, Anwar yang kini menjalani hukuman penjara lima tahun, percaya pembangkang dan NGO akan lebih kuat selepas "disusun semula dengan kekuatan baru".
