Menteri Besar Selangor Mohamad Azmin Ali memberi amaran supaya tidak ada pihak yang mengheret pihak istana dalam kancah politik yang dihadapi oleh Pakatan Rakyat.<br /><br />Katanya, beliau sentiasa menghadap Sultan Selangor secara berkala setiap Selasa bagi membincangkan pembangunan negeri dan mahu semua pihak menghormati institusi raja.
