Pemimpin kanan PKR memilih untuk tidak mengulas mengenai kenyataan DAP yang mengumumkan bahawa Pakatan Rakyat telah terkubur semalam.<br /><br />Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli yang diasak wartawan berhubung pendirian parti itu setelah biro politiknya bermesyuarat malam semalam, sekadar memberitahu bahawa kenyataan rasmi akan dikeluarkan.