Umat Islam di wilayah Xinjiang, barat China bakal menyambut Ramadan dengan perasaan dukacita, selepas beberapa kerajaan tempatan mengeluarkan notis larangan meraikan bulan keberkatan itu.<br /><br />Tindakan itu susulan daripada kejadian serangan ganas di wilayah berkenaan sejak tiga tahun lalu sehingga mengakibatkan beratus-ratus orang terkorban, dengan Beijing mendakwa serangan dilancarkan oleh militan Islam.