Kesatuan Pekerja Penerbangan Malaysia Airlines (MASEU) mendakwa kerajaan menjadikan pesawat kebangsaan negara itu sebagai anak tiri bagi membantu syarikat penerbangan swasta yang tidak dinamakannya tetapi merujuk kepada AirAsia.<br /><br />Setiausaha Agung MASEU, Abdul Malek Ariff berkata, tindakan kerajaan itu yang menyebabkan MAS kerugian setiap tahun kerana sejak 2006, keutamaan diberikan kepada syarikat swasta berkenaan.
